KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengalu-alukan konsep pawagam pandu masuk diperkenalkan terutamanya ketika negara berdepan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).
Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, konsep pawagam seperti itu boleh dijadikan sebagai satu platform alternatif untuk menonton filem di layar besar secara berkumpulan sambil mematuhi prosedur operasi standard (SOP).