Perak Bison libas Selangor Piston, muncul juara Piala Sumbangsih

Iklan
Aksi pemain Perak Bison dan Selangor Piston dalam saingan Sumbangsih sebentar tadi. - FOTO ROSLI TALIB

PENYANDANG juara Liga Sepak Takraw (STL) Divisyen Premier, Perak Bison membuktikan keunggulan mereka selepas menundukkan Selangor Piston dalam aksi Piala Sumbangsih di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Perak Bison yang mengandingkan Fadzil Mustapa, Azwan Muhrim dan Meor Zulfikar Mat Amin selaku tekong nyata bukan tandingan selepas mudah menewaskan juara Divisyen Satu tahun lalu itu 21-11, 21-14.

Iklan
Iklan

Pengurus Perak Bison, Mohd Jaffrey Mohd Zainol berkata, kemenangan itu hasil persembahan konsisten dan permainan cemerlang pemainnya dalam perlawanan itu.

"Perlawanan ini kita konsisten dalam setiap set selain Selango Piston juga banyak membuka ruang untuk kita menembusi pertahanan mereka.

Iklan

"Kita pernah menentang mereka dalam aksi persahabatan sebelum ini dan telah mengkaji corak permainan mereka.

"Secara teknikal kita tengokk kelemahan di sebelah kiri dan kita minta tekong untuk sasarkan ke bahagian tersebut untuk meraih mata," katanya kepada Sinar Harian selepas tamat perlawanan sebentar tadi.

Iklan
Aksi Piala Sumbangsih Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur sebentar tadi. - FOTO ROSLI TALIB

Dalam pada itu, Mohd Jaffrey menyasarkan kemenangan dalam dua aksi Divisyen Premier menentang PDRM Defenders, esok dan Johor Tigris pada Ahad.

"Sasaran kita seterusnya sudah tentu untuk mendapatkan mata penuh dalam dua perlawanan akan datang ini.

"Kalau kita lihat kesemua 10 pasukan sudah melakukan rombakan besar dan kita tidak tahu sejauh mana kemampuan mereka. Jadi, kita perlu berjaga-jaga dengan kemampuan kesemua pasukan musim ini," katanya.