Dakwaan pemandu e-hailing tidak berlesen akan disiasat: Ka Siong

Iklan
Dr Wee Ka Siong.

SANDAKAN - Pihak berkuasa akan menyiasat dakwaan kononnya ramai pemandu menawarkan perkhidmatan e-hailing tanpa memiliki lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV), kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, jika benar dakwaan tersebut maka jabatan dan agensi berkaitan akan diminta mengambil tindakan kerana langkah itu bukan sahaja menjaga kebajikan pemandu berlesen tetapi juga bagi memastikan keselamatan penumpang.

Iklan
Iklan

"Antara masalah yang dibangkitkan oleh pemandu e-hailing di Sandakan ialah saingan daripada perkhidmatan e-hailing yang kononnya mendaftar pemandu melalui aplikasi telefon dengan mudah sekali dan menggunakan identiti yang tidak sahih.

"Kalau dakwaan itu sahih, saya akan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah untuk membuat pemeriksaan,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan masyarakat pemandu e-hailing di sini malam tadi.

Iklan
Iklan

Beliau menekankan pemandu e-hailing perlu melalui ujian vokasional bagi mendapat lesen PSV sebagai prasyarat untuk menawarkan perkhidmatan tersebut.- Bernama