SHAH ALAM - Fenomena air laut pasang besar yang melanda pesisir pantai Selangor hari ini dilaporkan terkawal dan tiada sebarang limpahan air berlaku sehingga mengakibatkan kejadian banjir serius dilaporkan.
Ketua Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBN), Ahmad Fairuz Mohd Yusof ketika dihubungi berkata, hanya halaman sebuah rumah di Kampung Sungai Janggut, Kuala Selangor dikesan telah dinaiki air ekoran hakisan pada benteng Pantai Remis awal pagi tadi.