Lelaki jatuh sungai ketika menjala ditemui lemas

Iklan
Nelayan membantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar membawa mayat mangsa naik ke tebing.

MANJUNG - Seorang lelaki ditemui lemas selepas terjatuh dalam sungai di perairan Kota Siam, Sungai Dinding Segari di sini hari ini.

Mayat Azrin Hamidun berusia lingkungan 30-an dijumpai dalam keadaan terapung kira-kira empat kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh oleh nelayan di situ pada jam 8.10 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, mangsa dikatakan terjatuh ke dalam sungai itu semalam ketika sedang menarik bubu naga.

Menurutnya, polis yang menerima laporan kejadian itu sekitar jam 8 malam telah melancarkan usaha mencari dan menyelamat bersama anggota bomba di Jeti Kampung Telaga Nenas.

Iklan

"Mayat mangsa bagaimanapun dijumpai terapung oleh nelayan di Sungai Dinding pada pagi ini sebelum dibawa ke Jeti Kampung Telaga Nenas.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat," katanya.

Iklan

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.