Pelajar dibaling kerusi, meja gara-gara kutuk mak ayah
Iklan
Mangsa mengalami kecederaan akibat dibaling meja, kerusi.
GEORGETOWN - Hanya berpunca daripada kutuk mengutuk dan memaki hamun ibu bapa, seorang pelajar tingkatan tiga cedera di bahagian belakang badan apabila dibaling dengan meja dan kerusi.
Kejadian berlaku pagi tadi ketika mangsa berada di dalam kelas dan dibaling sesuatu oleh rakan sekelasnya.
Iklan
Iklan
Balingan itu terkena di bahagian bahu kanan mangsa dan suspek sekali lagi membaling meja berkaki besi dan bertutup kayu ke arah mangsa dan terkena di belakang bahu mangsa.
Tidak puas hati dengan tindakan itu, suspek sekali lagi membaling kerusi lalu terkena di dada mangsa.
Iklan
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kejadian berlaku jam 6.30 pagi tadi di sebuah kelas di sebuah sekolah tertua di negeri ini.
Menurutnya, selepas membaling kerusi, suspek bertindak keluar dari kelas dan kedua-duanya menyertai perhimpunan pagi.
Iklan
"Selepas perhimpunan, mangsa telah berjumpa dengan guru disiplinnya untuk membuat laporan dan menghubungi keluarganya.
"Siasatan awal mendapati, mangsa diperlakukan seperti ini sejak tahun 2017 dan kejadian pagi tadi bukan kali pertama. Sebelum ini, mangsa dan keluarganya telah memaklumkan kepada pihak sekolah namun tiada sebarang tindakan diambil," katanya ketika dihubungi tadi.
Che Zaimani berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan itu berpunca dari kutuk mengutuk dan maki hamun ibu bapa yang berlaku antara mangsa dan suspek.
"Ibu bapa mangsa telah datang ke sekolah untuk berjumpa dengan pengurusan sekolah kerana mangsa dikatakan sering dibuli suspek. Ibu bapanya juga telah beberapa kali membuat laporan kepada pengurusan sekolah namun tiada tindakan diambil.
"Ibu bapa mangsa bertindak menyerbu sekolah kerana tidak berpuas hati berikutan tiada tindakan dari pengurusan sekolah terhadap kejadian yang menimpa anak mereka," katanya.
Beliau berkata, mangsa telah menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang sebagai pesakit luar.
"Suspek telah ditahan dan polis masih mengesan tiga saksi ditempat kejadian. Ibu bapa mangsa dan suspek turut dipanggil untuk diambil keterangan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata," katanya.
Terdahulu, satu video berdurasi 1 minit 37 saat tular di media sosial menunjukkan ibu bapa mangsa yang tidak berpuas hati dengan pengurusan sekolah tersebut.
Difahamkan, keluarga mangsa berang kerana mendakwa pernah melaporkan kejadian buli itu kepada pengurusan sekolah namun tiada tindakan diambil.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam