Ahmad Dhani dipenjara 18 bulan, Konsert Dewa 19 diteruskan

Iklan
Ahmad Dhani. Foto: CNN Indonesia

PENYANYI terkenal Indonesia, Ahmad Dhani Prasetyo telah dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan selepas didapati bersalah kerana menyebarkan kata-kata kebencian di media sosial.

Hakim Mahkamah Jakarta Selatan, Ratmoho berkata, Ahmad Dhani yang juga merupakan pengasas kumpulan Dewa 19 itu terbukti telah menimbulkan kebencian terhadap suatu golongan, lapor CNN Indonesia.

Iklan
Iklan

Tambahnya, hukuman hukuman ke atas Ahmad Dhani juga diringankan atas beberapa sebab antaranya, kerana Ahmad Dhani tidak pernah dihukum selain berkelakuan baik selama dibicarakan.

Melalui akaun Twitternya, @AHMADDHANIPRAST menimbulkan kebencian terhadap suatu golongan dengan menyuruh melakukan, menyebarkan informasi atas golongan berdasarkan suku, agama dan ras.

Iklan

Ahmad Dhani melakukan kesalahan itu ketika proses pemilihan gabenor Jakarta.

Sementara itu, Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia pada 2 Feb ini tetap akan diteruskan.

Iklan

Menurut siaran media NIZRA Production, pihaknya memaklumkan bahawa Konsert DEWA19 Reunion Live in Malaysia Feat Ari Lasso & Once Mekel yang bakal berlangsung pada 2 Febuari 2019 di Stadium Malawati Shah Alam akan diteruskan.

Pengarah Urusan Nizra Production Nik Iruwan berkata, tiada sebarang penundaan atau pembatalan konsert berlaku seperti yang digembar-gemburkan.

"Kami berharap peminat yang sudah membeli tiket tidak perlu risau kerana konsert tersebut akan tetap berlangsung. Dewa 19 akan terus memberikan persembahan terbaik buat semua,” jelas Nik.