Jangan percaya nombor tak kenal

Iklan
Contoh mesej yang dihantar sindiket kepada mangsa melalui WhatsApp (foto: ihsan IPD Marang). Gambar kiri: Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris

MARANG - Orang ramai diingatkan tidak mudah terperdaya dengan panggilan dari nombor telefon tidak dikenali yang meminta wang dan menjanjikan pulangan wang melalui aplikasi media sosial.

Ketua Polis daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, ahli sindiket penipuan dikesan lebih gemar menggunakan aplikasi WhatsApp, Facebook, Telegram dan Wechat yang dilihat begitu popular dalam kalangan pengguna internet hari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ahli sindiket menghantar mesej secara rambang untuk mencari mangsa bagi mendapatkan keuntungan hasil penipuan tersebut.

"Jika sebelum ini, ahli sindiket menggunakan e-mel 'spam' iaitu teks atau dokumen yang dihantar secara rambang untuk mencari mangsa dan hari ini e-mel 'spam' kebanyakannya akan masuk ke ruang spam atau junk box.

Iklan

"Sekarang, memandangkan penggunaan e-mel kurang popular jadi sindiket dalam atau luar negara lebih gemar menggunakan WhatsApp Spam iaitu dengan menghantar teks atau imej atau suara," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Contoh mesej yang diterima mangsa penipuan.

Katanya, polis sentiasa mengambil pendekatan dengan memberi pendedahan dari masa ke masa kepada orang ramai bagi mengelak menjadi mangsa sindiket penipuan yang kini dilihat semakin berani.

Iklan

"Kami bukan sahaja menyampaikan maklumat secara lisan tetapi bagi memastikan orang ramai lebih faham, kami juga menunjukkan contoh-contoh mesej yang dihantar sindiket penipuan kepada mangsa sebelum ini di dalam laman sosial Facebook kami.

"Orang ramai juga diingatkan agar jangan sesekali mudah percaya dan kena banyak bertanya kepada pihak berkenaan jika menerima mesej daripada nombor tidak dikenali dan mencurigakan," katanya.