Solskjaer tak risau

Iklan
Solskjaer menganggap United masih mempunyai masa untuk mendapatkan khidmat pemain baharu.

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer tidak risau selepas hanya berjaya membeli Donny van de Beek dari Ajax Amsterdam pada jendela perpindahan kali ini.

Menurutnya, masa masih ada buat The Red Devils mencari pemain baharu dengan tempoh perpindahan masih berbaki tiga minggu.

Iklan
Iklan

"Sebenarnya apa yang menjadi masalah adalah tidak ramai pemain yang mahu dijual oleh kelab-kelab besar kerana mereka mahu menyimpan pemain yang berkualiti.

"Dalam keadaan ini saya perlu memberikan tumpuan kepada pemain sedia ada dan saya harus membentuk mereka apatah lagi pemain-pemain ini juga yang membawa pasukan menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kedudukan empat terbaik musim lalu," katanya.

Iklan

Sebelum ini, Naib Presiden United, Ed Woodward memberitahu jendela perpindahan musim ini mungkin tidak sama seperti tahun sebelumnya selepas dibadai pandemik Covid-19 yang memberikan kesan kewangan kepada kelab.

"Kami duduk dan berbincang serta melakukan perancangan, namun kadang-kadang ia tidak berjalan seperti yang diharapkan. Kami perlu menerima keadaan ini.

Iklan

"Saya selalu katakan bahawa saya gembira dengan pemain yang ada. Saya tidak mahu melemahkan semangat mereka kerana kami perlu hadir dalam saingan musim ini dengan keyakinan. Kami perlukan prestasi yang konsisten.

"Dalam soal perpindahan pemain, masih ada beberapa minggu. Mungkin kami akan berjaya mendapatkan pemain baharu. Saya bekerja di kelab ini dan pengurusan tahu apa yang saya rasa dan pasukan perlukan," katanya.

Dalam masa sama, Solskjaer juga tidak risau dengan langkah agresif pasukan lain seperti Chelsea yang sudah berbelanja besar dan yakin United mampu menjadi yang terbaik tanpa kos yang tinggi.

"Kunci utama adalah budaya, corak latihan dan memastikan pemain sentiasa cergas, Itu yang akan membuktikan kemampuan pasukan dalam sesuatu saingan liga," katanya.