Khairy Jamaluddin presiden baharu PLBNS

Iklan
Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan baharu yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Khairy Jamaluddin (duduk, tiga dari kanan) bergambar bersama ahli jawatankuasanya yang baharu selepas Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan di d'Tempat Country Club Sendayan hari ini. Foto Bernama

MENTERI Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini dilantik secara rasmi sebagai Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS) bagi tempoh 2020-2022.

Beliau mendapat persetujuan sebulat suara perwakilan persatuan itu pada mesyuarat agung tahunan bagi menggantikan Datuk Baharin Mohamed yang memilih untuk memberi laluan kepada muka baharu selepas memimpin persatuan itu sejak lapan tahun lepas.

Iklan
Iklan

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Khairy menzahirkan ucapan terima kasih kepada perwakilan yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk memimpin persatuan itu dalam melahirkan lebih ramai pelumba basikal dari Negeri Sembilan.

"Saya sebenarnya sudah lama berhasrat untuk main peranan di persatuan sukan negeri dan paling sesuai saya lihat adalah negeri saya sendiri. Saya berharap dapat melahirkan pelumba berprestasi tinggi dalam semua acara (basikal) selain pegawai teknikal,” katanya.

Iklan
Iklan

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau sudah meminta izin dan mendapat lampu hijau untuk memimpin persatuan sukan daripada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. - Bernama