Tular video 'kubur berdarah'
Iklan
Kejadian kubur berdarah di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Al Irfan, Derga, di sini. -Foto: ihsan orang awam
ALOR SETAR - Video sebuah 'kubur berdarah' di Tanah Perkuburan Islam di Masjid Al Irfan, Derga, di sini, menjadi tular di laman sosial sejak petang tadi.
Video berdurasi 19 saat itu memaparkan kejadian aneh menggemparkan masyarakat setempat sekitar Bandaraya Alor Setar hingga ramai penduduk datang untuk melihat sendiri keadaan itu.
Iklan
Iklan
Orang awam, Rahmat Ahmad, 50, berkata, dia mendapat maklumat dari beberapa rakannya berhubung kubur berdarah melalui aplikasi WhatsApp.
Katanya, dia yang kebetulannya melalui kawasan terbabit kemudian mengambil keputusan untuk melihat sendiri kejadian tersebut dengan singgah di tanah perkuburan itu.
Iklan
"Ketika saya ke tanah perkuburan tersebut, saya lihat dapati ada beberapa orang awam sudah melawat kawasan kubur berdarah tersebut dan mendapati ada cecair warna merah apabila mendekatinya.
"Jadi, saya memang terkejut melihat keadaan kubur dengan cecair warna merah dan tanah mendap itu memandangkan kali pertama melihat keadaan seumpama itu" katanya.
Iklan
Sementara itu,Setiausaha Masjid Al Irfan, Yahya Saad berkata, dia mengetahui kejadian di masjid terbabit selepas dimaklumkan beberapa kakitangan Masjid AL-Irfan.
Yahya berkata, dia yang terkejut dengan berita itu terus ke masjid berkenaan untuk memastikan dan melihat sendiri kejadian yang berlaku di tanah perkuburan itu.
Beliau berkata, dia mendapati memang ada cecair warna merah seperti ditularkan dalam video, bagaimanapun tidak dapat memastikan samada ia adalah darah ataupun tidak.
Bagaimanapun, Yahya berkata,sememangnya terdapat mayat dikebumikan di tanah perkuburan tersebut kira-kira dua minggu lalu.
Katanya, mereka bertindak menimbus semula kubur berkenaan petang tadi selepas berbincang dengan ahli jawatankuasa demi mengelakkan berlakunya fitnah.
"Kami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, tadi demi membolehkan siasatan lanjut dilakukan pihak bertanggungjawab,"katanya.
"Kami juga telah memaklumkan perkara terbabit kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Kedah (JHEAIK) dan difahamkan mereka akan turun esok,"katanya.
Beliau berkata, pihaknya berharap orang awam tidak menularkan video kejadian memandangkan maklumat yang tersebar belum dipastikan kesahihannya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam