SKMM siasat aduan pengguna berhubung pakej TM

Iklan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memulakan siasatan terhadap aduan pengguna berhubung pengurangan kelajuan muat naik pakej Unifi 500Mbps yang dilancarkan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) bulan lalu.

Dalam kenyataan hari ini, SKMM berkata, butiran aduan menyatakan TM telah menawarkan kelajuan muat naik 200Mbps bersama pakej Unifi yang menyediakan kelajuan muat turun 500Mbps.

Iklan
Iklan

Setelah meneliti semula laman sesawang jualan rasmi pihak TM, SKMM berkata, pengadu mengesan pakej tersebut telah berubah sejak 2 September dengan kelajuan muat naik dikurangkan separuh kepada hanya 100Mbps.

"Aduan ini turut dilaporkan oleh beberapa portal berita dalam talian yang menganggap pengguna terpedaya dengan tawaran yang dibuat dalam pakej awal yang diiklankan bulan lalu,” katanya.

Iklan

Menurut kenyataan itu, SKMM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemberi perkhidmatan jika siasatan awal mendapati terdapat unsur yang melanggar kepentingan pengguna.

Katanya, Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang dikuat kuasa oleh SKMM memberi perhatian berat terhadap kepentingan pengguna perkhidmatan telekomunikasi dan pihak suruhanjaya itu memberi jaminan siasatan isu tersebut akan dijalankan secara telus dan adil. - Bernama

Iklan