MADRID - SEPANYOL.Polis anti rusuhan Sepanyol terpaksa menggunakan kren bagi meleraikan kesesakan jalan raya akibat mogok yang dilancarkan pemandu teksi di negara berkenaan.
Berpuluh anggota polis rusuhan yang dikerahkan ke Paseo de la Castellana menggunakan kren bagi mengalihkan teksi yang menghalang laluan utama melalui ibu kota Sepanyol.
Iklan
Iklan
Mogok yang dilancarkan sejak 21 Januari lalu, menyaksikan pemandu teksi mendesak agar peraturan lebih ketat dikenakan ke atas perkhidmatan e-panggilan seperti Uber.
Seperti rakan di negara Eropah lain, pemandu teksi di Sepanyol mendakwa mereka mengalami kesukaran untuk bersaing dengan Cabify (perkhidmatan seumpama Uber) yang terkenal di negara itu.
Dalam pada itu, wakil kerajaan di Madrid, Jose Manuel Rodriguez Uribes berkata, hak untuk mengadakan mogok tidak termasuk hak untuk melumpuhkan bandar.- AFP