Calon LDP Tanjung Keramat fokus bantu wanita, warga emas

Iklan
Faezahwaty Abdul Mohamed Ibnu

PUTATAN – Calon Parti Liberal Demokratik (LDP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat, Faezahwaty Abdul Mohamed Ibnu menggariskan empat fokus utama dalam membantu rakyat apabila diberi mandat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menurutnya, antara empat perkara tersebut termasuklah mahu menyelesaikan permasalahan perumahan, memberi platform kepada golongan belia serta wanita meningkatkan sumber pendapatan dan ingin menjaga kebajikan warga emas.

Iklan
Iklan

"Untuk perumahan, saya akan cuba untuk meningkatkan atau menambah baik Program Perumahan Rakyat (PPR) yang ada di sini iaitu PPR Serigai dan PPR Taman Sri Keramat selain ingin berusaha meningkatkan taraf perumahan kos rendah dan sederhana yang ada.

"Selain itu, saya akan memberi fokus kepada belia dan wanita termasuk ibu tunggal di mana mereka ini akan kami bantu melalui sebuah platform bagi meningkat sumber ekonomi dan pendapatan melalui bengkel ataupun kursus perniagaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau akan berdepan dengan calon USNO, Mohd Salleh Lamsin; calon Parti Cinta Sabah (PCS), Ira Uzair; calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Rosdy Wasli dan calon Barisan Nasional (BN), Ir Shahelmey Yahya pada PRN kali ini.

Faezahwaty berkata, pihaknya akan menambah baik kawasan rekreasi yang terdapat di kawasan DUN Tanjung Keramat selain mencari lokasi bersesuaian untuk dijadikan sebuah pusat riadah tumpuan ramai.

Iklan

"Kita juga tidak akan menyisihkan golongan warga emas yang mana kebajikan mereka perludijaga.

"Saya akan memastikan dana-dana atau bantuan yang boleh diberikan kepada mereka sekiranya mereka ini memerlukan bantuan kelak,” katanya.

Sementara itu, Faezahwaty berkata, visi dan misinya juga adalah untuk meningkatkan sosio ekonomi dan mahu memajukan infrastruktur di DUN Tanjung Keramat.

"Misi saya pula adalah untuk memantapkan lagi sistem pentadbiran yang sedia ada supaya lebih mantap dan berdedikasi,” katanya.