Keluarga mahu polis kesan suspek langgar bot
Iklan
Mangsa ditemui mati lemas akibat terjatuh dari bot akibat dirempuh sebuah bot lain ketika dalam perjalanan pulang ke Jeti Segantang Garam Merbok, Sungai Petani. Foto Maritim Malaysia.
SUNGAI PETANI - Keluarga kepada Allahyarham Zulkifli Mohamad, 52, iaitu mangsa yang maut ketika bot dinaikinya dilanggar sebuah bot lain dalam kejadian di Merbok pada Jumaat lalu, menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung tragedi berkenaan.
Abang mangsa, Jaafar Mohamad, 57, berkata, pihak keluarga berharap agar siasatan diteruskan dan mereka yang terlibat kejadian meragut nyawa adiknya itu dapat dikesan segera.
Iklan
Iklan
"Saya berharap pihak berkuasa meneruskan siasatan dan mengesan individu atau pemilik bot yang melanggar bot yang kami naiki sehingga menyebabkan adik terjatuh dan lemas," katanya di sini hari ini.
Jaafar bagaimanapun berkata, dia sekeluarga reda dengan apa yang berlaku, namun berharap kejadian sama tidak berulang.
Iklan
Laporan polis terhadap kejadian itu telah dibuat di Balai Polis Merbok di sini sejurus kejadian kelmarin.
Ahli keluarga mangsa ketika menunggu di Jeti Segantang Garam Merbok, Sungai Petani. - Foto Maritim Malaysia.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Jaafar bersama Zulkifli berdepan detik cemas apabila bot dinaiki mereka dilanggar sebuah bot lain ketika mahu pulang ke jeti Segantang Garam, Merbok.
Iklan
Akibat kejadian itu, Zulkifli terjatuh menyebabkan operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan bersama beberapa agensi lain sejak semalam.
Mayat Zulkifli ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh oleh nelayan yang turut melakukan pencarian pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 280 Kanun Keseksaan iaitu mengendalikan bot dengan cuai dan mati mengejut.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati berlaku kerosakan pada bahagian bumbung, belakang dan enjin bot.
"Setakat ini, suspek masih belum dikenal pasti.
"Mangsa tidak dapat mengecam nombor pendaftaran bot yang melanggar mereka berikutan keadaan gelap dan tiada cahaya bulan," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Nelayan hilang ditemui lemas
Bot dirempuh, nelayan dikhuatiri lemas
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam