GOMBAK - Geng Mat Turbo yang disyaki mencuri lembu tumpas selepas enam individu ditangkap dalam serbuan berasingan di Selangor dan Pahang baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dalam serbuan pertama kira-kira jam 4.30 petang pada Selasa lalu, sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Gombak berjaya menahan dua lelaki dan seorang wanita di Ampang, Selangor.
Iklan
Iklan
"Tangkapan itu susulan laporan diterima berhubung kehilangan lima ekor lembu di Batu Arang pada Ogos lalu dan hasil soal siasat suspek pula membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki di Jengka, Pahang serta Taman Impian Ehsan Balakong dan Ampang, Selangor antara Rabu hingga Jumaat lalu.
"Kita juga merampas sebuah kereta jenis Subaru Exiga, peralatan yang diguna untuk mencuri lembu dan wang tunai RM2,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, siasatan mendapati geng itu bergerak aktif mencuri lembu dengan menggunakan kenderaan Subaru Exiga serta Proton Exora di sekitar Jerantut dan Jengka, Pahang serta Semenyih dan Kajang diSelangor.
"Kesemua suspek berusia 20 hingga 31 tahun direman tujuh hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.
Artikel Berkaitan