SANDAKAN - Sebanyak RM140,000 daripada Tabung Musa’adah Covid-19 akan disalurkan kepada golongan yang terjejas akibat pandemik itu di Sandakan, Sabah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sumbangan itu akan disalurkan bermula hari ini sehingga esok melibatkan golongan seperti B40, asnaf, nelayan dan golongan lain yang memerlukan tanpa mengira agama.