PDRM perhalusi kebenaran pesakit Covid-19 mengundi

Iklan
Hazani ketika bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di IPK Sabah hari ini.

KOTA KINABALU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperhalusi sama ada membenarkan pesakit Covid-19 keluar mengundi atau sebaliknya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, perkara tersebut sudah dibincangkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Iklan
Iklan

"Terang dan jelas, setiap rakyat memang ada hak untuk mengundi. Perkara itu saya sudah bincang dengan pihak KKM Sabah dan MKN untuk kita perhalusi apakah bentuk tindakan yang kita perlu ambil kalau pesakit positif Covid-19 datang mengundi.

"Sebab ia akan menyusahkan banyak pihak iaitu pasukan keselamatan, pihak kesihatan dan pihak-pihak di pusat pilihan raya nanti.

Iklan

"Saya akan memanggil pihak KKM, MKN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bersidang untuk kita perhalusi cara bagaimana kita nak buat untuk pesakit Covid-19 mengundi pada 26 September ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah (IPK) Sabah di sini hari ini.

Hazani berkata, beliau akan melakukan perbincangan itu untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak atasan.

Iklan

"Bukan kita nak nafikan, semua rakyat ada hak untuk mengundi, cuma kita perhalusi sebab ini pertama kali dicadangkan. Saya kena tengok balik situasi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil Slim, Perak dan Chini, Pahang.

"Saya rasa, pesakit Covid-19 tidak keluar mengundi, tidak dibenarkan,” katanya.