KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini menjelaskan sebagai perkara dasar, ia tidak akan mendedahkan identiti mana-mana pihak dalam semakan semula yang sedang dijalankan.
Pengawal selia itu mengulas laporan berita baru-baru ini bahawa SC sedang meneliti tatalaku juruaudit 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Iklan
Iklan
"Merujuk kepada laporan berita baru-baru ini, sebagai perkara dasar, SC tidak akan mendedahkan identiti mana-mana pihak dalam semakan semula yang sedang dijalankan,” menurut pegawal selia itu dalam kenyataan yang diemel kepada Bernama.
Laporan South China Morning Post pada Jumaat memetik sumber yang menyatakan pengawal selia itu sedang menyemak semula kerja-kerja yang dijalankan oleh KPMG dan Deloitte.
Pengawal selia itu berkata apabila semakan semula itu selesai, SC dan Lembaga Pemantauan Auditnya"akan menilai dapatan dan mempertimbangkan tindakan seterusnya yang bersesuaian." - Bernama