Bonzer, Noor Alif janji Pforzheim aksi terbaik

Iklan
Aksi Bonzer semasa perlawanan persahabatan TV Pforzheim menentang Heusenstamm baru- baru ini. Noor Alif (gambar kecil).

"ALHAMDULILLAH setakat ini kami bersama pemain lain giat berlatih bagi perbaiki segala kelemahan supaya lebih berdaya saing dan seterusnya meraih kepercayaan kelab dalam memberi impak positif menjelang saingan musim baharu tahun depan.”

Itu luahan pemain ragbi 15's negara, Mohd Amin Jamaluddin yang kini menjalani latihan bersama seorang lagi pemain skuad Bawah 19 tahun negara, Noor Alif Ikhmal dengan kelab Jerman, TV 1834 Pforzheim Rugby dalam saingan Rugby-Bundesliga.

Iklan
Iklan

Menurut pemain berusia 31 tahun itu, beliau bangga apabila melihat komitmen diberikan setiap pemain-pemain kelab berkenaan fokus

"Apa yang boleh saya kongsikan semua pemain memberikan komitmen semasa sesi latihan sebagai persediaan awal mengharungi musim baharu.

Iklan

"Semua pemain nampaknya lebih bersemangat untuk menggalas cabaran kelab selepas saingan liga sebelum ini dibatalkan akibat pandemik Covid-19,” katanya kepada Sinar Harian yang turut dikenali panggilan Bonzer.

Pemain kelahiran Perlis itu dan Noor Alif sebelum ini menerima panggilan untuk menjalani sesi latihan bersama TV 1834 Pforzheim Rugby sebagai persediaan musim baharu.

Iklan

Mohd Amin sebelum ini pernah menyarung jersi kelab kendalian John Willis itu musim lalu sempat beraksi dua perlawanan terakhir sebelum liga dibatalkan akibat Covid-19.

Noor Alif Ikhmal

Mengenai Noor Alif yang pertama kali mendapat panggilan menjalani sesi latihan bersama kelab itu Mohd Amin berkata:"Noor Alif nampak teruja dan bersemangat semasa sesi latihan bagi membuktikan keupayaan sebenarnya kepada barisan kejurulatihan kelab.

"Kematangan permainan Noor Alif dapat dilihat apabila dia dapat menyesuaikan diri dengan gaya dan corak permainan kelab walaupun pertama kali menjalani latihan.”

Berkongsi perkembangan semasa Covid-19 di Jerman, Mohd Amin berkata:"Alhamdulillah situasi Covid-19 di sini khasnya di Pforzheim masih dalam keadaan terkawal dan kawasan kami berada dalam Zon Hijau.”