58 lembu seludup dirampas

Iklan
Cubaan menyeludup 58 ekor lembu bernilai RM348,000 berjaya dipatahkan oleh PGA Batalion 7 Kuantan selepas menahan sebuah treler di jalan Kampung Meranti-Pasir Mas, Rantau Panjang petang semalam.

RANTAU PANJANG - Cubaan menyeludup 58 ekor lembu bernilai RM348,000 berjaya dipatahkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan selepas menahan sebuah treler di jalan Kampung Meranti-Pasir Mas di sini petang semalam.

Treler yang dipandu dalam keadaan mencurigakan itu berjaya ditahan oleh anggota PGA pada jam 3.15 petang.

Iklan
Iklan

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, ketika ditahan kelindan dan pemandu yang berusia 38 serta 39 tahun itu telah menyalahgunakan dokumen perjalanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

"Siasatan awal mendapati kesemua lembu tersebut diambil dari kandang di Nechang, Tumpat," katanya.

Iklan

Menurutnya, lembu-lembu itu kemudian dibawa ke Ladang Permai, Lubok Jong untuk dikumpulkan terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke negeri lain.

"Kedua-dua suspek mengakui mereka hanya mengambil upah untuk memindahkan lembu-lembu tersebut.

Iklan

"Malah, mereka turut mendakwa tidak mengetahui maklumat lanjut berkaitan perkara tersebut," katanya.

Azhari berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lebih terperinci berhubung kes itu bagi mengesan dalang sebenar kegiatan penyeludupan haiwan itu.

"Nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan berjumlah RM798,000.

"Kes disiasat bawah Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953," katanya.