Pemimpin UMNO dikuarantin, belum disahkan positif Covid-19

Iklan
Bung Moktar Radin

SHAH ALAM - Seorang pemimpin UMNO dari Semenanjung yang disyaki positif koronavirus (Covid-19) ketika berkempen di Sabah baru-baru ini sedang dikuarantin di salah sebuah hospital di Kota Kinabalu.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkata, pemimpin itu masih belum disahkan positif Covid-19.

Iklan
Iklan

"Saya mendapat maklumat tetapi belum ada pengesahan. Dia cuma disyaki dan belum disahkan positif.

"Belum positif dan sudah dikuarantin selama 14 hari,” katanya menurut portal Malaysia Gazette.

ARTIKEL BERKAITAN Pemimpin UMNO positif Covid-19 selepas berkempen di Sabah

Iklan

Sebelum ini, dilaporkan pemimpin itu didakwa positif Covid-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani kuarantin wajib bagi mendapatkan rawatan susulan.

Iklan

Semua kontak rapat pemimpin UMNO itu juga telah diminta untuk melakukan ujian swab bagi mengelakkan sebarang penularan.