NEW DELHI - Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh selepas sebuah bangunan tiga tingkat runtuh di Maharashtra pada Isnin, menurut Agensi Anadolu memetik pegawai Pasukan Tindakan Bencana Nasional (NDRF).
"Lima pasukan NDRF sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat sejak 5 pagi IST (11:30 PM GMT) pada Isnin. Dipercayai antara 20 hingga 25 lagi dikhuatiri terperangkap," tulis Ketua Pengarah NDRF, Satya Pradhan di Twitternya.
Iklan
Iklan
Kejadian berlaku di kawasan Bhiwandi di daerah Thane di bandar kewangan India, Mumbai sekitar 3.45 pagi IST (GMT1015).
Lebih 20 orang terperangkap di bawah runtuhan diselamatkan, termasuk seorang kanak-kanak, lapor media tempatan.
Anggota NDRF, polis tempatan dan bomba masih berada di lokasi kejadian.
Beberapa kawasan di Maharashtra dilanda hujan monsun namun, tidak dapat dipastikan punca sebenar kejadian runtuhan, sama ada disebabkan masalah cuaca atau sebaliknya. - Bernama
Artikel Berkaitan