KUANTAN - Orang ramai khususnya peniaga diminta mematuhi keputusan kerajaan negeri yang masih mengekalkan tempoh operasi premis perniagaan sehingga jam 12 tengah malam sahaja dalam usaha mengekang penularan koronavirus (Covid-19).
Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Abd Rahim Muda berkata, setakat ini tiada perubahan waktu operasi premis perniagaan untuk melanjutkan tempoh operasi.