KVPC sedia tujuh tawaran menarik kepada pelajar lepasan tingkatan tiga

Iklan
Alwi Mohd Ali

KOTA BHARU - Kolej Vokasional Pengkalan Chepa (KVPC) menawarkan tujuh program utama bermula tahun depan.

Pengarah KVPC, Alwi Mohd Ali berkata, program berkenaan ialah Teknologi Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Automotif, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Pengurusan Perniagaan dan Operasi Pembuatan Perabot (SKM).

Iklan
Iklan

Katanya, pelajar yang tamat pengajian akan dianugerahkan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) yang setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

"Pemohon perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dan permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang https://spskt4.moe.gov.my," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Tujuh program utama menanti pelajar lepasan tingkatan tiga untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Vokasional Pengkalan Chepa di sini.

Iklan

Menurutnya, permohonan atas talian mula dibuka sejak 7 September sehingga 2 Oktober manakala untuk semakan Pusat Pentaksiran bermula 12 Oktober sehingga 6 November ini.

Alwi memberitahu, pelaksanaan Pentaksiran pula akan dilakukan pada 26 Oktober sehingga 6 November dan semakan tawaran pula pada 5 Febuari 2021.

Iklan

"Untuk pelajar yang mahu membuat rayuan, proses tersebut boleh dilakukan bermula 5 hingga 19 Februari 2021 sebelum tarikh pendaftaran pada 23 Februari," katanya.

Untuk makluman lanjut, orang ramai boleh menghubungi Kolej Vokasional Pengkalan Chepa atau hubungi talian 09-7738382.