Kelibat Thiago memukau

Iklan
Thia

PENAMPILAN pertama pemain tengah baharu Liverpool, Thiago Alcantara ketika The Reds menewaskan Chelesa 2-0 di Stamford Bridge semalam mendapat pujian pengendali pasukan, Jurgen Klopp.

Menurutnya, Thiago masih dalam fasa untuk beradaptasi dengan corak permainan Liverpool, namun telah menunjukkan perkembangan positif daripada hantaran yang dilakukan dalam perlawanan tersebut.

Iklan
Iklan

"Semua boleh melihat apa yang dipamerkan Thiago dalam perlawanan tersebut. Dia menunjukkan kualiti yang dimiliki melalui hantaran-hantaran yang tepat.

"Bagaimanapun, dia masih belum terbiasa cara permainan pasukan dan Bayern Munich (kelab lama Thiago) tidak bermain dengan cara kami. Dia juga perlu bermain dengan sedikit bertahan dalam perlawanan tadi," katanya.

Iklan

Thiago yang menyertai Liverpool dengan yuran perpindahan £20 juta (RM107 juta) itu bermain selama 45 minit selepas dimasukkan pada babak kedua ketika perlawanan menentang Chelsea dan turut membuat rekod bersama The Reds.

Sepanjang 45 minit tersebut, Thiago berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik dan berjaya melakukan 75 hantaran lebih banyak daripada yang dilakukan semua pemain Chelsea dalam 90 minit perlawanan.

Iklan

Dalam pada itu, Klopp gembira dengan persembahan yang dipamerkan pemainnya selain menuntut aksi tersebut diteruskan dalam perlawanan akan datang.

"Perlawanan menentang Chelsea ini bukanlah sesuatu yang mudah walaupun ramai pihak melihat sedemikian. Kami tetap bergelut untuk menjaringkan gol dan penyerang saya berjaya melakukannya.

"Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan persembahan pemain. Kami berkembang dengan baik dan berjaya menyesuaikan diri dengan cepat dalam perlawanan. Saya harap kami akan terus konsisten," katanya.