Kenyataan Mohamaddin: Pemuda BN Sabah buat laporan polis

Iklan
Gambar dari kiri: Asyraf Wajdi Dusuki, Mohamaddin Ketapi

SHAH ALAM - Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah membuat laporan polis terhadap kenyataan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Mohamaddin Ketapi yang mendakwa tragedi serangan di Lahad Datu satu sandiwara untuk menyelamatkan UMNO.

Ketua Pemuda BN, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kenyataan pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) itu amat melampau.

Iklan
Iklan

"Persoalannya apakah kematian 10 anggota polis dan dua anggota tentera yang terkorban akibat dibunuh dengan kejam merupakan satu sandiwara?

"Sudah hilangkah rasa simpati terhadap perasaan keluarga anggota keselamatan yang terkorban mempertahankan kedaulatan Sabah?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, Pemuda BN berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas dengan segera terhadap fitnah serta penghinaan ke atas anggota keselamatan negara ini.

Dalam pada itu, Asyraf turut meminta rakyat Sabah menolak Warisan yang berterusan memainkan sentimen kebencian terhadap Semenanjung termasuk anggota keselamatan negara ini.

Iklan

Terdahulu, Mohamaddin yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu dikecam oleh pelbagai pihak termasuk rakyat di negara ini apabila menyifatkan peristiwa berdarah di Kampung Tanduo pada tahun 2013 sebagai sandiwara.

Beliau didakwa memperlekehkan insiden Tanduo itu sambil berkata, anggota keselamatan itu sebenarnya bukan ‘berperang’ dengan pengganas sebaliknya hanya ‘berperang’ dengan ayam dan anjing.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin Warisan hina pejuang Lahad Datu: Anifah

Polis terima laporan terhadap kenyataan Mohamaddin: KPN

Hina wira negara: Azmin gesa rakyat Sabah tolak Warisan

Mohammadin nafi hina anggota keselamatan