Rakyat Sabah usah takut keluar mengundi

Iklan
Dari kiri, Peto Galim, Mustapha Sakmud, Sazalye Donol Abdullah, Christina Liew Chin Jin, Abdul Rahman Yakub, Alijus Sipil dan Raymond Ahuar.

SHAH ALAM - Tujuh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah mengingatkan pengundi supaya tidak perlu takut untuk keluar mengundi susulan dakwaan kemasukan rakyat negara jiran untuk membuat kekacauan pada 26 September ini.

Tujuh calon PRK berkenaan iaitu calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Api- Api, Christina Liew Chin Jin, Mustapha Sakmud (Tempasuk), Peto Galim (Inanam), Abdul Rahman Yakub (Klias), Raymond Ahuar (Sook), Alijus Sipil (Tamparuli) dan Sazalye Donol Abdullah (Matunggong).

Iklan
Iklan

Mereka dalam satu kenyataan bersama berkata, profesionalisme pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan pihak berkuasa yang lain diyakini dalam memastikan keselamatan rakyat.

"Rakyat Sabah cukup matang dan bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa bagi memastikan perjalanan PRN Sabah berlangsung dengan lancar,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Iklan

Mereka berkata demikian susulan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Huzaini Ghazali mengenai kemasukan rakyat negara jiran untuk membuat kekacauan pada hari pengundian dijadualkan 26 September ini.

Tujuh calon PKR itu turut mengingatkan orang ramai supaya merujuk berita yang sahih dan tidak berkongsi dengan berita yang tidak pasti.

Iklan

"Pihak PDRM menjalankan siasatan lanjut mengenai ancaman ini, kami berharap rakyat Sabah bertenang.

"Jangan memperbesarkan isu ini dan paling penting jangan menyebarkan maklumat yang belum disahkan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Selain itu dalam perkembangan lain, mereka berkata, kedudukan serta hak milik Sabah tidak wajar dipolitikkan.

"Kami percaya setiap rakyat Malaysia berdiri teguh atas fakta Sabah adalah milik Malaysia.

"Kami ingin memberi amaran keras jangan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mempergunakan isu ini untuk mengelirukan dan menakutkan rakyat Sabah,” katanya.