Chelsea belum mampu jadi pencabar utama EPL

Iklan
Werner (kiri) antara pembelian Chelsea bagi mencabar kejuaraan EPL pada musim ini.

CHELSEA dilihat masih belum mampu menjadi pencabar utama kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini walaupun telah berbelanja besar pada jendela perpindahan yang lalu.

Kemasukan pemain seperti Hakim Ziyech, Timo Werner, Ben Chilwell, Malang Sarr, Thiago Silva dan Kai Havertz dengan belanja sebesar 200 juta pound (RM974 juta) masih tidak cukup untuk cuba menyaingi kemampuan dimiliki penyandang juara EPL, Liverpool dan Manchester City.

Iklan
Iklan

Malah, kemampuan skuad kendalian Frank Lampard itu turut diragui terutama di barisan pertahanan yang beraksi longlai selepas tewas kepada Liverpool dalam aksi EPL, semalam.

Bagaimanapun, pengendali Chelsea itu tidak risau dengan keadaan tersebut selain percaya saingan liga masih panjang dan dia mempunyai masa yang cukup untuk membentuk keserasian dalam pasukan.

Iklan

"Saya tahu seperti musim lalu kami banyak bolos dan melepaskan gol. Perkara paling besar buat kami adalah untuk bekerja semasa latihan kerana kami memerlukan masa.

"Kami sedang berusaha untuk meningkatkan daripada segi kecergasan. Namun, dalam masa sama, kami dan semua orang perlu bersabar. Saya tahu kami akan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa dan membina keserasian dalam sesi latihan,” kata Lampard

Iklan