Mangsa buli siber berpotensi bunuh diri

Iklan
Kesan kepada mangsa buli menyebabkan seseorang itu berasa rendah diri sekali gus berpotensi ke arah bunuh diri. Gambar hiasan. - Foto 123RF

SHAH ALAM - Buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan individu melalui medium elektronik seperti mesej khidmat pesanan ringkas (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial dan WhatsApp yang melibatkan akses teknologi.

Pakar Psikologi Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Fauziah Mohd Saad berkata, kesan kepada mangsa bergantung kepada bentuk buli yang diberikan menyebabkan seseorang itu berasa rendah diri sekali gus berpotensi ke arah bunuh diri.

Iklan
Iklan

"Pembuli siber akan menjadikan individu tertentu sebagai sasaran dan bergantung kepada bagaimana dia melepaskan hasratnya.

"Kadang-kadang mereka (pembuli siber) suka mencarut, mengutuk dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Iklan

Sementara itu, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Samsilah Roslan berkata, internet sebenarnya melahirkan komuniti individu berselindung identiti menyebabkan mereka berani membuli tanpa rasa bersalah.

Samsilah Roslan

"Mereka yang disangka ‘kawan’ namun melemparkan kecaman pedih yang meremukkan hati dan perasaan.

Iklan

"Akibatnya, si mangsa mengalami tekanan kerana gagal menanggung kecaman oleh warganet,” katanya.

Beliau berkata, dianggarkan 20 hingga 40 peratus pengguna internet pernah menjadi mangsa buli hingga menyebabkan kemurungan, tekanan psikologi, gangguan mental, bahkan boleh membunuh diri.

"Hasil kajian terhadap profil pembuli siber mendapati motifnya adalah iri hati, obsesi dan ketiadaan perasaan empati kepada mangsa.

"Ada juga pembuli siber yang menjadikan mangsa sebagai tempat melepaskan kemarahan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesuruhjaya Sumpah dihina personaliti media sosial buat laporan polis

Body shaming kesalahan jenayah

Mangsa body shaming tuntut ganti rugi lebih RM2 juta