Rakyat Sabah dapat tanah, tidak perlu BR1M

Iklan
Selepas 26 September ini, kita berharap Sabah akan lebih makmur dan maju di bawah pimpinan kerajaan baharu.

KEMPEN Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah telah bermula sejak 12 September lalu dengan semua calon bertanding bertungkus-lumus siang malam untuk meraih sokongan daripada pengundi.

Alangkah meriahnya PRN Sabah kali ini. Seramai 447 calon, termasuk 56 calon bebas, berebut mahu menjadi wakil rakyat manakala 16 buah parti mencuba nasib memanaskan lagi suasana politik Sabah yang bercelaru itu.

Iklan
Iklan

Namun, berapa ramai Yang Berhormat yang terpilih nanti benar-benar berkhidmat untuk rakyat. Apakah mereka mahu jadi si katak lompat selepas ini?

Sepanjang mengikuti ucapan dan kempen pemimpin-pemimpin politik dan calon-calon yang bertanding, Merak Jalanan amat tertarik dengan satu ucapan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal baru-baru ini.

Iklan

Katanya, orang Sabah tidak perlukan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang hanya boleh dapat RM1,000 sekali setahun. Sebaliknya, kata Mohd Shafie, kalau diberikan kuasa, beliau akan menyediakan geran tanah untuk semua orang Sabah.

"Bagi satu keluarga tiga ekar. Kalau satu ekar tanah bernilai RM10,000, lima ekar RM50,000. Ia lebih baik daripada nilai BRIM.

Iklan

"Ia (tanah) boleh disimpan seumur hidup tapi kalau BR1M dapat RM1,000, berapa kali (guna) boleh habis,” katanya pada ceramah itu. Memang bertuah jadi orang Sabah!

Mesej Mohd Shafie itu sebenarnya menggalakkan kita rajin berusaha. Janganlah terlalu mengharapkan bantuan seperti BR1M dan sebagainya.

Selepas 26 September ini, kita berharap Negeri Di Bawah Bayu itu akan lebih makmur dan maju di bawah pimpinan kerajaan yang baharu.

Sekiranya krisis politik terus berlarutan, selagi itulah nasib rakyatnya terus dipermainkan oleh sang politik yang hanya ‘lompat’ semata-mata kerana mahukan kuasa, pangkat dan wang ringgit.