KUALA LUMPUR - Vaksin Covid-19 apabila ditemui tidak sepatutnya ada sebarang bentuk diskriminasi, bahkan mesti boleh diakses oleh semua negara dan orang ramai.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, virus merbahaya itu meragut banyak nyawa dan mendedahkan kapasiti sebenar dan keberkesanan sistem penjagaan kesihatan.