KUALA LUMPUR - Malaysia dijangka memasuki fasa peralihan monsun bermula Khamis ini, yang lazimnya akan berlaku ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang singkat.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini berkata, keadaan cuaca itu juga berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan struktur yang tidak kukuh.