Chelsea pasukan lengkap: Silva

Iklan
Thiago Silva

PERTAHANAN baharu Chelsea, Thiago Silva menyertai The Blues bukan sekadar mahu mencuba nasib sebaliknya mengidamkan kejuaraan bersama pasukan tersebut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Menurutnya, memenangi kejuaraan menjadi perkara paling utama buatnya sekali gus menambah gelaran yang pernah dimenangi bersama beberapa bekas kelabnya sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Bagi saya, ini adalah liga paling sukar di dunia. Enam atau tujuh pasukan gergasi bersaing untuk merebut kejuaraan dan sudah tentu ia memberikan tentangan cukup sengit dan perbezaan cukup besar dalam setiap perlawanan.

"Apa yang memotivasikan saya setiap hari adalah rasa lapar untuk menang. Saya datang ke EPL untuk menang piala dan saya yakin kami akan berjuang untuk mencapai misi tersebut," katanya.

Iklan

Pemain berusia 36 tahun itu meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) selepas kontraknya tamat dan memilih Chelsea sebagai destinasi seterusnya dalam karier bola sepaknya.

Namun, untuk bermain dalam saingan EPL bukanlah perkara mudah apatah lagi umur Silva boleh dikatakan berada di hujung karier dan bakal berdepan tentangan sukar daripada pemain yang jauh lebih muda.

Iklan

"Pasukan ini sangat kuat. Kami mempunyai jurulatih yang hebat dan saya datang ke sini untuk menyumbangkan kudrat saya bagi memastikan pasukan berjaya mencapai tujuan yang diharapkan.

"Itulah perkara yang memotivasi saya ke Chelsea. Masuk ke padang untuk menang, menang dan menang lagi. Saya tidak memikirkan perkara lain," katanya.

Selain Silva, The Blues turut merekrut beberapa pemain lain seperti Hakim Ziyech, Timo Werner, Kai Havertz, dan Ben Chilwell dalam usaha menjadi antara pasukan pencabar dalam saingan EPL.