MOVENPICK Hotel & Convention Center (MHCC) KLIA, sebuah hotel milik Lembaga Tabung Haji (TH), telah menerima dua pengiktirafan sebagai hartanah mesra alam dan juga penginapan mesra Muslim.
MHCC memenangi kategori Platinum dalam pensijilan Pengiktirafan Penginapan Pelancongan Mesra-Muslim (MFAR) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Islamic Tourism Centre (ITC) pada 3 September 2020 lalu dan dinobatkan sebagai Bangunan Komersil Hijau Baharu Terbaik oleh Malaysia Green Buildings Council (MGBC) pada 15 September 2020.