TM naik taraf sistem kabel di kawasan bermasalah
Iklan
Laporan Sinar Harian sebelum ini. Gambar Kecil:Wan Romani Wan Salim
ALOR SETAR - Masalah capaian internet dan talian telefon yang dialami lebih 150 penduduk di Kampung Kongsi 14, Bukit Selambau akan berakhir apabila Telekom Malaysia Bhd (TM) menaik taraf sistem kabel fiber optik di kawasan berkenaan.
Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna Kedah, Wan Romani Wan Salim berkata, kawasan terbabit mengalami gangguan capaian internet dan talian telefon kerana lokasinya yang juga perkampungan estet itu terletak di kawasan pedalaman.
Iklan
Iklan
Menurutnya, TM pernah menggantikan kabel bagi perkhidmatan terbabit, namun dicuri pihak tidak bertanggungjawab.
"TM nyatakan komitmen untuk menawarkan perkhidmatan Unifi melalui kabel fiber optik, manakala Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mencari alternatif membina menara telekomunikasi berdekatan,” katanya.
Iklan
"Kelmarin, pasukan TM dan SKMM meninjau lokasi dan berjumpa penduduk untuk mendapatkan gambaran kesulitan mereka. Saya percaya TM dan SKMM akan segera cuba atasi masalah dibangkitkan,” katanya.
Petugas TM dan SKMM ketika bertemu penduduk Kampung Kongsi 14, Bukit Selambau untuk mendapatkan gambaran kesulitan dialami.
Pada Sabtu lalu, lebih 150 penduduk dari 35 buah rumah di Kampung Kongsi 14, Bukit Selambau mendedahkan mereka terpaksa menggunakan tiang, baldi dan tali untuk menikmati kemudahan telefon serta internet, sejak lima tahun lalu.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk terpaksa cari 'line' guna tiang, baldi dan tali
Penduduk mengadu, tanpa peralatan terbabit mereka terpaksa keluar mencari tempat tinggi semata-mata mahu menghubungi saudara menggunakan internet termasuk aplikasi WhatsApp dan emel untuk urusan rasmi.
Situasi itu turut menyebabkan pelajar gagal mengikuti pembelajaran secara e-learning atau menghantar tugasan menggunakan internet.
Dalam pada itu, Wan Romani berkata, sehingga kini pihaknya telah mengenal pasti 270 buah kampung yang turut berdepan situasi sama.
"Ada beberapa lokasi, talian telefon masih lemah. Semua syarikat Telco telah berikan komitmen untuk naik taraf sistem talian dan jalur lebar menjelang tahun depan, ia akan menyelesaikan banyak aduan seumpama.
"TM menyatakan komitmen untuk menukar talian Streamyx kepada Unifi membabitkan 46,000 talian pada tahun depan dan sudah terdapat 71,000 talian Unifi sedia ada,” katanya.
Petugas TM dan SKMM dan penduduk berbincang dalam suasana harmoni.
Wan Romani berkata, kerajaan negeri membuat permohonan bagi pembinaan 200 menara telekomunikasi baharu di negeri ini bagi menyelesaikan masalah berkaitan capaian internet di beberapa daerah antaranya Padang Terap, Baling dan Sik.
"Maklum balas dari SKMM positif, perkara itu dikemukakan dalam pertemuan Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah serta SKMM dua minggu lalu,” katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam