Pelajar maut bertembung dengan pemandu mabuk

Iklan
Gambar kemalangan di Jalan Raja Laut semalam tular di laman sosial.

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas melanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki disyaki dalam keadaan mabuk di Jalan Raja Laut menghala Jalan Ipoh di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner, Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian pada jam 3 pagi itu, pemandu kereta berusia 36 tahun telah ubah haluan secara melintang untuk masuk ke Lorong Tiong Nam di sini.

Iklan
Iklan

"Pada masa sama penunggang motosikal berusia 17 tahun dari arah Jalan Raja Laut telah melanggar pintu depan kiri kereta jenis Perodua Myvi itu.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kerana kecederaan parah di kepala," katanya.

Iklan

Zulkefly berkata, pihaknya mendapati kandungan alkohol dalam darah pemandu kereta itu melebihi had yang dibenarkan.

"Pemandu itu ditahan reman empat hari bagi membantu kes disiasat Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Iklan