Guardiola gembira De Bruyne kembali temui sentuhan penyudah

Iklan
De Bruyne ketika menyempurnakan sepakan penalti semasa perlawanan Manchester City menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux.

PEP Guardiola memuji karakter tonggaknya, Kevin De Bruyne ketika pemain tengah Belgium itu membantu kemenangan 3-1 Manchester City ke atas Wolverhampton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux.

Menurut pengendali The Citizens berusia 49 tahun itu, kehadiran semula Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA). selepas berdepan musim suram saingan lalu, memberi mesej bahawa dia sudah bersedia mencabar kejuaraan.

Iklan
Iklan

"Sejak kembali daripada bersama pasukan kebangsaan, setiap sesi latihan saya merasakan komitmennya dan sekarang dia pemain penting bagi kami dan akan selalu ada bersama The Citizens.

"Dalam situasi yang kita hadapi sekarang dia adalah aset penting bagi kelab ini dalam misi merangkul kejuaraan. Lihat sahaja kepada kualiti sepakan penaltinya membuktikan dia semakin meningkat bersama prestasi semasa.

Iklan

"Gaya permainannya yang tenang tidak menunjukkan dia berdepan tekanan setiap lawan sebaliknya suka mencabar diri bersaing pada peringkat lebih tinggi dengan standard lebih tinggi," katanya.

Pada aksi di laman Wolves itu, pelawat membawa pulang tiga mata hasil jaringan penalti De Bruyne pada minit ke-20, Phil Foden (32') dan Gabriel Jesus (95") manakala gol sagu hati tuan rumah dijaringkan Raul Jimenez (78").

Iklan

Mengenai prestasi The Citizens, Guardiola mengakui cukup gembira dengan komitmen keseluruhan pemain pada perlawanan berkenaan.

Menurutnya, pemain The Citizens menguasai rentak perlawanan sebelum The Wolves bangkit memberi saingan pada babak kedua.

"Saya sangat gembira dengan corak persembahan dan cara permainan pemain bermain. Semua pemain memberikan komitmen khasnya pada babak pertama.

"Sebenarnya situasi di Wolves adalah sama seperti yang The Citizens hadapi dalam tempoh dua minggu lalu. Saya menjangkakan akan ada lagi tekanan, namun paling penting Manchester City mengawal perlawanan.

Sementara itu, pengendali Wolverhampton, Nuno Espirito Santo berkata,"Sudah jelas pemain Wolves tampil lebih baik dan bertenaga pada babak kedua.

"Kami berjaya menyesuaikan diri dengan lebih baik, kami mencipta peluang dan momen. Kami menjaringkan gol lewat dan kami tahu satu gol akan mengubah segalanya.

"Kita harus melakukan yang lebih baik terutama di bahagian pertahanan. Saya mengambil positif perkara ini tetapi untuk bermain dengan baik kita mesti bertahan dengan lebih baik," katanya.