Bah Ndiaw dilantik Presiden baharu Mali

Iklan
Bekas Kolonel Bah Ndiaw dilantik menjadi Presiden Mali yang baharu, umum Majlis Nasional untuk Keselamatan Rakyat (CNSP) pada Isnin.

LOME - Bekas Kolonel Bah Ndiaw dilantik menjadi Presiden Mali yang baharu, umum Majlis Nasional untuk Keselamatan Rakyat (CNSP) pada Isnin.

CNSP merupakan sebuah institusi politik ketenteraan yang ditadbir junta tentera.

Iklan
Iklan

Beliau juga pernah menjadi pembantu bekas Presiden Moussa Traore yang meninggal dunia pada 15 September, lapor Agensi Anadolu.

Pengumuman itu dibuat beberapa minggu selepas rampasan kuasa 18 Ogos lalu yang memaksa Presiden Ibrahim Boubacar Keita berundur.

Iklan

CNSP berkata, Kolonel Assimi Goita, pemimpin junta, akan bergandingan dengan Ndiaw sebagai Naib Presiden.

Perdana Menteri belum dilantik.

Iklan

Menurut media tempatan, majlis mengangkat sumpah jawatan Presiden dan Naib Presiden akan diadakan pada Jumaat depan. - Bernama