ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen pembalakan sejak Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor mengambil alih tampuk pemerintahan bermula 17 Mei lalu.
Ini berikutan wujudnya satu hantaran di Facebook seorang aktivis alam sekitar yang memaparkan dua imej satelit hutan berhampiran Empangan Ahning yang seolah-olah mendakwa kerajaan negeri hari ini membenarkan pembalakan di kawasan berkenaan pada Julai dan Ogos lalu.