14 sekolah di Pantai Timur Sabah masih ditutup

Iklan
Mistirine Radin - Foto sumber internet

KOTA KINABALU – Sebanyak 14 buah sekolah rendah dan menengah membabitkan tiga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sabah iaitu di Tawau, Kunak dan Lahad Datu masih ditutup bagi tujuan nyahkuman.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), Mistirine Radin berkata, daripada jumlah itu sebanyak 10 buah sekolah adalah membabitkan sekolah rendah manakala selebihnya adalah sekolah menengah.

Iklan
Iklan

"Sekolah yang masih ditutup sehingga hari ini adalah atas arahan Pejabat Kesihatan Daerah bagi tujuan nyahkuman. Antara sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang Tiger dalam PPD Tawau.

"Bagi PPD Kunak pula ia membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak, SK Kunak Jaya dan SK Kunak 2,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata, 10 buah sekolah di PPD Lahad Datu turut ditutup untuk tujuan sama antaranya di SMK Agaseh, SMK Silabukan dan SMK Tungku.

"Sekolah rendah pula membabitkan SK St Dominic, SK St Stephens, SK Bikang, SK Permai, SK Pekan, SK Binuang dan SK Silabukan. Namun SK Silabukan hanya beberapa buah kelas sahaja di tutup oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Iklan

Sementara itu, Mistirine berkata, bermula esok sebanyak 30 buah sekolah lagi di mukim Bandar, Silam dan Silabukan akan ditutup sementara sehingga pemberitahuan bagi mengelakkan penularan jangkitan koronavirus (Covid-19).

"Proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di bilik darjah masih dilaksanakan kepada pelajar Tingkatan Lima dan Enam di lima buah sekolah menengah terlibat.

"Justeru saya berharap guru dan murid yang terlibat perlu sentiasa patuh kepada prosedur standard operasi (SOP) bagi memastikan penularan wabak covid-19 ini tidak terus merebak,” katanya.

Katanya, sepanjang tempoh penutupan, pengajaran dan pembelajaran bagi kelas prasekolah hingga Tingkatan Empat akan dilaksanakan secara dalam talian dan luar talian.