AWANG ucapkan syabas pada Menteri Komunikasi dan Multimedia yang beri perhatian serius pada isu buli siber. Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kementeriannya sedia kaji perlunya undang-undang antibuli siber di negara ini.
Bukanlah Awang setuju sangat kerajaan nak gubal undang-undang baharu setiap kali timbul masalah. Awang tak mahu akta baharu dibawa ke Parlimen sesuka hati. Lagipun cukup-cukuplah kawalan terhadap netizen oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Kita tak mahu SKMM jadi ‘badan skodeng kebangsaan’.