APMM tahan kapal minyak dari Singapura

Iklan
APMM Johor menahan sebuah kapal muatan minyak mentah dari Singapura kira-kira 4.5 batu nautika tenggara Tanjung Piai, Pontian semalam.

PONTIAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor menahan sebuah kapal muatan minyak mentah kira-kira 4.5 batu nautika tenggara Tanjung Piai dekat sini semalam.

Pengarah APMM Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kapal berkenaan ditahan kapal ronda APMM pada jam 12 tengah hari semasa melaksanakan pemeriksaan rutin Op Benteng Laut.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan mendapati kapal yang berdaftar dari Singapura itu gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

"Kapal tersebut dikendalikan oleh nakhoda berusia 51 tahun serta lapan kru kapal yang berusia dalam lingkungan 31 tahun hingga 43 tahun. Kesemua mereka lelaki warganegara Indonesia," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

APMM Johor menahan sebuah kapal muatan minyak mentah dari Singapura kira-kira 4.5 batu nautika tenggara Tanjung Piai, Pontian semalam.

Iklan

Katanya, dua kru kapal dibawa ke Jeti Maritim Sungai Pulai untuk diserahkan kepada bahagian siasatan APMM Johor untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Iklan

Jika didapati bersalah katanya, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Tegasnya, APMM Johor akan sentiasa meningkatkan kawalan keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang maritim menggunakan segala sumber yang ada serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara.

Sebarang kejadian kecemasan di laut, segera hubungi talian MERS 999 atau MRSC Johor Bahru menerusi talian 07-221 9231 manakala aduan atau maklumat jenayah maritim salurkan kepada Pusat Operasi APMM Johor 07-219 9404.