Kereta terbabas gara-gara babi hutan

Iklan
Anggota bomba dan penyelamat membantu mengeluarkan mangsa yang cedera selepas berlanggar dengan seekor babi hutan dalam kejadian di Jalan Bidor-Sungkai berhampiran Kampung Bikam di sini hari ini. - Foto Ihsan bomba

BIDOR - Gara-gara seekor babi hutan melintas jalan, sepasang suami isteri cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Bidor-Sungkai berhampiran Kampung Bikam, di sini hari ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada jam 6.58 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, mangsa yang berusia 41 dan 27 tahun itu berada dalam keadaan tersepit di dalam kereta Perodua Axia yang terbabas di bahu jalan selepas melanggar babi hutan tersebut.

"Anggota mengeluarkan mangsa tanpa menggunakan peralatan menyelamat sebelum dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan.

Iklan
Iklan

"Operasi menyelamat kedua-dua mangsa tamat pada jam 7.54 pagi," katanya dalam kenyataan ringkas kepada media hari ini.