'Tidak perlu syarat, hanya untuk PRU sahaja'

Iklan
Mohd Amar Abdullah - Foto Rosli Talib

KOTA BHARU - Pas tidak perlu menetapkan sebarang syarat melibatkan kerjasamanya dengan Umno pada masa kini.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, ini kerana kerjasama yang terjalin hanyalah berlandaskan hubungan antara pembangkang dan pembangkang.

Iklan
Iklan

"Kita belum ada hubungan secara rasmi, tapi sebagaimana yang Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebut, kerjasama untuk menghadapi pilihanraya, itu sahaja.

"Tidak lebih daripada itu, selepas pilihanraya, habislah. Maka tiada syarat apa-apa. Macam kita di kampunglah, masa kenduri semua kita tolong menolonh, lepas kenduri, semua habislah.

Iklan

"Hubungan ini hanya pembangkang dengan pembangkang, untuk mengukuhkan pembangkang di Malaysia. Untuk PRK Semenyih pun sama, tiada perbincangan apa-apa,"katanya.

Terdahulu, Pengerusi PH Kelantan, Senator Datuk Husam Musa memberitahu, hubungan kerjasama Pas dan Umno kini bukan rahsia lagi.

Iklan

Malah Husam turut membayangkan kerjasama Pas dan Umno itu hanya bersifat sia-sia dan menjadi seperti kerbau yang menyelamatkan buaya tersepit.