MFL tingkatkan kualiti pengadilan Liga-M

Iklan
Kevin Ramalingam

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) percaya penubuhan Profesional Match Officials Malaysia (PMOM) dilihat sebagai usaha terbaik untuk meningkatkan kualiti pengadilan dalam Liga Malaysia (Liga-M).

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, MFL dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serius untuk melahirkan pegawai pertandingan profesional dalam kalangan pengadil tempatan menerusi penubuhan badan bebas itu.

Iklan
Iklan

Beliau menjelaskan penswastaan pengadil menerusi modul yang digunakan oleh badan bebas pengadil, Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) di England, bukan sahaja meletakkan penanda aras tetapi platform terbaik untuk melahirkan lebih ramai pengadil tempatan berkualiti tinggi.

Justeru, beliau menegaskan prestasi pegawai pertandingan berstatus profesional akan dinilai lebih teliti dengan mengutamakan kriteria ketelusan, kecekapan dan integriti sebelum ditawarkan kontrak profesional.

Iklan

"Ini kerana usaha dan kerjasama MFL dan FAM untuk memastikan mutu pengadilan berada di tahap maksimum dan berkualiti tinggi tanpa menimbulkan sebarang pertikaian,” katanya pada sidang media menerusi persidangan video dari London di Wisma FAM Kelana Jaya, di sini, semalam.

Perjumpaan MFL bersama FAM dengan PGMOL kelmarin turut dihadiri Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, ACP Md Dali Wahid dan Ketua Unit Pengadil FAM, Kassim Kadir Bacha.

Iklan

Kunjungan ke London itu bertujuan mendapatkan khidmat nasihat dan gambar jelas daripada badan induk pengadil profesional Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dalam meningkatkan kualiti pengadilan Liga-M.

Dalam perkembangan berkaitan, Kevin berkata, pihaknya akan melantik seorang pengurus besar yang akan bertangungjawab mengurus operasi PMOM, menilai prestasi pengadil pada pertengahan musim Liga-M Julai ini dan memilih pengadil yang layak untuk ditawarkan kontrak profesional.

"Kita sedang mengenal pasti calon pengurus besar dan cadangan itu akan dibawa ke dalam mesyuarat bersama Ahli Lembaga Pengarah MFL esok (hari ihi),” katanya.

Sementara itu, Yusoff menyifatkan penubuhan PMOM itu merupakan antara pendekatan terbaik untuk memajukan industri bola sepak negara serta platform terbaik untuk melahirkan pengadil tempatan bertaraf profesional.- Bernama