Penyelesaian dua negara akhiri konflik Palestin-Israel: Raja Jordan

Iklan
Raja Jordan, Raja Abdullah II berkata, penyelesaian dua negara adalah satu-satunya cara untuk mengakhiri konflik antara Palestin dan Israel.

AMMAN - Raja Jordan, Raja Abdullah II pada Selasa berkata, penyelesaian dua negara adalah satu-satunya cara untuk mengakhiri konflik antara Palestin dan Israel.

"Konflik Palestin-Israel adalah satu-satunya konflik yang dimulakan dengan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masih berlanjutan hingga ke hari ini," Agensi Anadolu (AA) memetik ucapan Abdullah ketika berucap pada sesi Perhimpunan Agung PBB ke-75.

Iklan
Iklan

"Satu-satunya jalan menuju perdamaian yang adil dan kekal adalah dengan menubuhkan negara Palestin yang berdaulat dan bebas berdasarkan sempadan 4 Jun 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara serta hidup dalam keamanan dan kedamaian di samping Israel," katanya.

Raja Abdullah juga menyatakan pengakhiran konflik tidak akan berlaku tanpa mengekalkan Baitulmaqdis sebagai bandar keamanan bagi seluruh umat manusia.

Iklan
Iklan

Mesyuarat Perhimpunan Agung PBB ke-75 bermula 15 September dan dijadualkan berakhir pada 29 September.- Bernama