Warga asing cuba rasuah polis ditahan

Iklan
Nik Ezanee Mohd Faisal

PETALING JAYA - Seorang lelaki warga asing diberkas kerana cuba memberi rasuah kepada anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di susur Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menghala Kuala Lumpur di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 30 tahun itu menawarkan sejumlah wang kepada seorang pegawai kanan dan empat anggota URB pada jam 12 tengah hari.

Iklan
Iklan

"Lima anggota URB itu telah menahan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki warga asing dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan, kita mendapati pasport suspek telah tamat tempoh. Suspek turut menawarkan sejumlah wang kepada anggota polis berkenaan untuk melepaskan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Nik Ezanee berkata, lelaki itu ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak menawar atau memberi rasuah kerana ia boleh merosakkan agama, bangsa dan negara.

Iklan

"Kita akan bertindak tegas dan tidak teragak-agak menahan individu yang cuba memberi rasuah kepada polis," katanya.