Sekolah pendidikan khas dekat di hati saya: TMJ

Iklan
Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda melihat sesi PnP dan SOP yang dilakukan semasa melawat Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang hari ini.

PASIR GUDANG - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, sekolah pendidikan khas adalah perkara yang amat dekat di hati baginda dan keluarganya.

Menurut beliau, pendidikan adalah hak untuk semua rakyat tidak mengira kaum atau agama mahupun keupayaan.

Iklan
Iklan

Putera sulung Sultan Johor itu berkata, setiap anak Johor berhak mendapat pendidikan asas yang baik.

"Pembangunan insan yang berilmu dan beradab terutamanya untuk anak-anak rakyat Johor perlu dilaksanakan di ruang pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan selamat ketika wabak koronavirus (Covid-19) masih berterusan.

Iklan

"Saya telah mengemukakan beberapa persoalan mengenai pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

"Diharapkan agensi-agensi berkaitan mengambil maklum mengenai isu-isu tersebut untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk anak-anak Johor," katanya dalam Facebook HRH Crown Of Johor hari ini.

Tunku Ismail dan Che Puan Khaleeda melihat sesi PnP dan SOP yang dilakukan semasa melawat Sekolah Agama Kota Masai, Pasir Gudang hari ini.

Iklan

Tunku Ismail turut menasihatkan Jabatan Agama Islam dan Jabatan Pendidikan serta Jabatan Kesihatan untuk sentiasa memantau sekolah-sekolah di seluruh Johor agar SOP diikuti dan dilaksanakan dengan kesan minima terhadap proses PdP.

Terdahulu, Tunku Ismail bersama-sama isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam serta tiga anaknya melawat Sekolah Agama Taman Kota Masai di sini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani, Penasihat MAINJ, Datuk Noh Gadot, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Datuk Md Rofiki A. Shamsudin dan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata, tujuan lawatan adalah meninjau proses PdP di sekolah agama Johor dan melihat pelaksanaan SOP pencegahan penularan jangkitan Covid-19 serta hala tuju pendidikan agama untuk kelestarian anak-anak rakyat Johor dalam membina ilmu agama.

"Kami juga berpeluang berjumpa dengan murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth dan Sekolah Agama Pendidikan Khas Johor Bahru.

"Kedua-dua sekolah ini masing-masing ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pembelajaran khas bagi anak-anak rakyat Johor yang mengalami masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan dan autisme," katanya lagi.