Ambil iktibar teguran rakyat

Iklan
Laidin

KEMAMAN - PKR Kemaman menyifatkan keputusan PRK Cameron Highlands sebagai satu amaran kepada pucuk pimpinan PH untuk menilai kembali kelemahan mereka selepas lapan bulan mendapat mandat memerintah negara.

Timbalan ketua cabangnya, Laidin Rahim berkata, kekalahan PH itu menjadi satu teguran atau ‘wake up call’ daripada rakyat agar memperbetulkan segala kesilapan dilakukan.

Iklan
Iklan

"Tewasnya PH dalam PRK Cameron Highlands beri isyarat kepada pucuk pimpinan agar lebih beri tumpuan kepada rakyat akar umbi dan menyelami masalah mereka.

"Diharapkan pucuk pimpinan PH akan memperbetulkan kesilapan dibuat sepanjang lapan bulan memerintah. Kita kena ambil pendekatan yang positif dari kekalahan ini untuk lebih maju ke hadapan lagi,” katanya.

Iklan

Keputusan PRK Cameron Highlands Sabtu lalu menyaksikan calon BN, Ramli Mohd Noor menang dengan mendapat 12,083 undi mengalahkan calon PH, M Manogaran yang memperoleh 8,800 undi (majoriti 3,288 undi) dan dua calon bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee.

Menurut Laidin, apa yang berlaku dalam PRK Cameron Highlands ialah majoriti anak-anak muda tidak pulang mengundi sebaliknya hanya penduduk tempatan sahaja yang keluar mengundi dan memberi undi kepada BN.

Iklan

Beliau juga tidak menolak kemungkinan antara punca yang menyebabkan kekalahan PH dalam PRK itu ialah kegagalan pemimpin PH menunaikan beberapa manifesto dalam PRU14 lalu

Berikutan itu, Laidin berkata, PH perlu mengota dan melaksanakan janji-janji dalam PRU14 agar kebajikan pengundi yang menyokong mereka terbela.

"Pucuk pimpinan PH perlu pergi ke akar umbi untuk lihat apa masalah mereka, seperti di Cameron Highlands ia adalah kawasan majoritinya pekebun kecil dan Orang Asli. Jadi masalah akar umbi perlu diberi perhatian,” katanya.

Tambah Laidin, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad perlu melihat manifesto yang masih belum ditunaikan oleh kerajaan dan perlu melakukan perubahan lebih drastik.